Bengkel MIV (Malaysia ICT Volunteer)
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniBengkel MIV dijalankan pada 5 september 2020. Bengkel ini bertempat di Pusat Internet Nanga Sekuau. Bengkel ini dijalankan untuk mempromosikan dan menerapkan nilai positif dalam diri pengguna laman sosial untuk mengajar para pengguna supaya sentiasa bercakap benar, bijak menilai dan beringat bila bercakap. Bengkel ini juga dijalankan untuk menghentikan penyebaran berita palsu dan mendapatkan maklumat yang betul di portal Sebenarnya.my. Advokasi berkenaan dengan “Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong” juga turut diberikan kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: